Saturday 3 December 2011

Matematik Itu Mudah

Assallammualaikum..

Sudah lama saya tidak memasukkan entri terbaru di dalam blog ini kerana hambatan tugas yang tidak habis-habis.Baru hari ini saya punya kesempatan untuk menjenguk blog saya ini. Blog yang saya bina ini sebenarnya ingin memberi fokus terhadap subjek Matematik. Ini kerana sudah terlalu lama saya bergelumang dengan subjek ini semenjak dari mula-mula posting kira-kira 13 tahun dahulu sehinggalah sekarang. Bagi saya subjek Matematik sangat menarik dan tidaklah sesusah manapun melainkan ada minat terhadapnya. Kadangkala saya menghadapi rungutan dari murid-murid yang menyatakan Matematik adalah susah terutama apabila nombor semakin besar. Menerusi blog ini, saya mengharapakan dapat mengubah "mind set" terutama murid-murid saya bahawa matematik itu susah sebaliknya di gantikan dengan matematik itu mudah...

No comments:

Post a Comment